6 Januari 2012 merupakan hari pelancaran parti politik terbaru di Sabah yang diketuai Datuk Dr. Jeffrey iaitu STAR. Senario ini merupakan kesinambungan daripada sentimen terbaru politik Sabah dengan kemunculan UBF, SPF, dan juga USNO Baru sebelum ini. SAPP sebagai parti pembangkang tempatan sebelum ini sudah pun selesai membincangkan pembahagian kerusi dengan PR pada PRU13 akan datang. Sepatutnya formula PRU12 di Semenanjung di mana hampir setiap kawasan DUN dan Parlimen berlaku pertandingan 2 penjuru di antara BN dan PR (PR wujud selepas PRU12) dilaksanakan di Sabah pada PRU13 ini demi memastikan kemenangan kepada PR dan menjatuhkan pemerintahan berasaskan 'siapa ada kuasa, dia kaya, rakyat bukan tahu apa' UMNO-BN yang sekian lama telah menjadikan negeri Sabah ini antara negeri yang miskin di Malaysia.
Wujudnya barisan parti yang boleh dikatakan 'Third Force' di Sabah pada PRU13 ini, ianya tidak lebih daripada hanya akan menguntungkan siapa lagi kalau bukan UMNO-BN. Lihat sahaja PRK Batu Sapi setelah berlaku pertandingan 3 penjuru di antara BN, PR dan SAPP. Siapa yang menang? BN juga. Kepimpinan tertinggi PR sepatutnya melihat isu terbaru sebagai perkara berbangkit ini dan melakukan rundingan dengan kadar segera supaya situasi menang-menang dapat diwujudkan tanpa menjejaskan peluang pembangkang untuk merampas negeri Sabah pada PRU13 ini. Kepada penyokong tegar Datuk Dr. Jeffrey, berfikirlah baik-baik, lihatlah rekod beliau dalama arena politik sebagai penilaian. Pemimpin seperti ini kalau pun mungkin akan menang kelak, tapi siapa yang boleh jangka apa tindakan beliau selepas itu? Tiba-tiba BN tawarkan kepada beliau kerusi Ketua Menteri, beliau bisa lompat lagi masuk BN! Akhirnya rakyat juga yang akan rugi. Sendiri mau ingatlah kawan, abang beliau siapa!