Isnin, 8 Disember 2008

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Kejadian terbaru tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 4 orang mangsa dan menyebabkan 5000 penduduk terpaksa mengosongkan kediaman masing-masing memang meyayat hati. Peristiwa ini adalah ulangan episod runtuhnya kondominium Highland Towers pada Disember 1993 yang juga merupakan kediaman yang dimajukan di lereng bukit.
Disebabkan kejadian ini bermacam-macam teori dikeluarkan oleh banyak pihak tentang sebab musabab runtuhan ini berlaku. Ada yang kata kecuaian pemaju, ketidakcekapan PBT dalam menangani aduan dan banyak lagi. Pada saya, perkara dah terjadi, dan pernah terjadi sepatutnya kita ambil pengajaran. Sekiranya kawasan tersebut tidak sesuai untuk dibangunkan, kenapa pihak bertanggungjawab meluluskan projek berkenaan ketika dicadangkan dahulu? Mustahil strukur tanah di kawasan tersebut tidak dikaji dahulu di awal cadangan pembinaan. Sekarang ni pemaju dan badan kerajaan yang bertanggungjawab meluluskan projek ini dahulu wajib mendedahkan dokumen 'geological test' atau 'soil test' yang mengatakan kawasan tersebut selamat untuk dibangunkan. Sekiranya ada!
Negara kita memang bertuah kerana berada di luar lingkaran gempa bumi dan gunung berapi. Namun, kita harus sentiasa ingat dan menginsafi bahawa bila-bila masa Allah boleh turunkan bala tanpa diduga. Imbas saja Ribut Greg 26 Dis 1996 dan tsunami 26 Dis 2004. Bagi kita yang masih hidup, ini adalah peringatan agar kita sentiasa memperbaharui iman dan taqwa kita kepada Allah seterusnya menjadi manusia bertaraf insan. Tepuk dada tanya selera!

Selasa, 25 November 2008

PPSMI

Isu mengenai PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) menjadi topik hangat di Kementerian Pelajaran kini. PPSMI diwujudkan pada zaman Tun Dr. Mahathir masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 2003. Tujuan utama PPSMI diwujudkan ialah supaya anak Malaysia mampu menguasai bahasa Inggeris dan juga Sains dan Teknologi dengan lebih baik. Benarkah idea ini mampu mencapai objektifnya?Apakah hanya dengan mampu bertutur bahasa Inggeris sahaja kita akan lebih maju? Bagaimana pula dengan bahasa kebangsaan kita yang entah sudah berapa kali bertukar nama dari Bahasa Malaysia-Bahasa Melayu-Bahasa Malaysia? Kita seolahnya menidakkan kemampuan bahasa kebangsaan sendiri sebagai bahasa ilmu sains dan matematik.Sekarang ini Kementerian Pelajaran sedang dalam proses perbincangan secara intensif (meja bulat kelima) untuk menentukan masa depan PPSMI. Walaupun keputusan muktamad belum ada, tetapi ramai pakar dan pejuang bahasa, pemimpin politik termasuk Ketua Perhubungan UMNO Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman, tokoh pendidikan, hatta gurut-guru PPSMI mahu agar PPSMI ditarik balik. Kalau kita melihat kepada negara Jepun, Jerman, Perancis, Itali, Belanda, Brazil, Korea Selatan dan China mereka boleh juga maju walaupun tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik. Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir ada menyatakan yang PPSMI wajar dteruskan. Mungkinkah ini cubaan beliau untuk memastikan yang legasi peninggalan beliau adalah yang terbaik dan wajar diteruskan? Dalam hal ini, Meteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu mencari keputusan yang terbaik demi pelajar, masyarakat, bangsa, bahasa dan negara. Ayoh Dato' Seri! Kesampingkan segala pengaruh dari luar yang cuba membuat keputusan bagi pihak Kementerian Pelajaran. Apa yang signifikan, sekiranya kita ingin melihat pelajar kita mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, kurikulum bahasa Inggeris itu yang wajar dikaji secara mendalam. Wahai pakar-pakar kurikulum dan silibus! Bertindaklah dengan mencari ruang yang boleh diperbaiki agar penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan! Menjadikan Sains dan Matematik sebagai penambah nilai terhadap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar bukan sahaja satu kesilapan dan penghinaan terhadap bahasa kebangsaan tetapi sebenarnya satu pembaziran wang rakyat tanpa kita sedari. Tepuk dada, tanya selera!

Isnin, 24 November 2008

Isu Senaman Yoga

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan orang Islam daripada mengamalkan senaman yoga secara sistematik kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah mereka. Pelik juga perkara ini kerana amalan yoga telah pun wujud di India sejak 3000 tahun dahulu dan sudah tentu sudah ramai orang Islam yang telah khatam amalan senaman ini. Bagaimana kerajaan begitu lambat bertindak dalam hal ini sedangkan tanggungjawab menjaga kesucian agama Islam itu di bahu kerajaan yang memerintah. Kita patut malu dengan Singapura yang bukan negara Islam tapi terlebih dahulu mengharamkan senaman yoga. Bagaimana pula dengan Ramli Ibrahim, pakar tarian tradisional India yang merupakan seorang Melayu Islam? Dan bagaimana pula dengan Seni Beladiri Silambam yang juga berasal dari India? Adakah kajian dibuat terhadap perkara-perkara ini? Kesimpulannya, apa benar pengharaman ini dapat membendung orang Islam daripada terus mengamalkan senaman yoga? Tepuk dada, tanya selera.

Sabtu, 22 November 2008

Betul juga kann... :)

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.
Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu,
apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat,
urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut.
Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak.
Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai.
Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'c*b*i' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan.
Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat.
Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan.
Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan.
Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L.
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau- kalau mati pucuk.
Tapi tak takut kalau-kalau mati esok

Apa lagi yang boleh diperbaiki?

Jika anda seorang guru, pelajar atau kakitangan Kementerian Pelajaran, apa lagi yang anda rasa masih boleh diperbaiki dalam sistem pendidikan kita. Pendapat anda dialu-alukan....

Jenis-jenis manusia

Dalam meniti kehidupan ini, kita pasti berjumpa dengan bermacam jenis manusia. Tidak kiralah manusia itu keluarga kita sendiri, di tempat kerja, pemimpin, artis, kerani bank dan pos, guru, pelajar, petani, nelayan, pemungut tin aluminium dan sebagainya. Di sini saya ingin bicara tentang sejenis manusia yang digelar 'TAMUA'. Perkataan ini diambil dari gabungan perkataan TAHU + SEMUA. Manusia jenis ini tahu semua dan mempunyai semua jawapan untuk semua soalan. Tapi kebanyakan jawapannya adalah rekaan semata hanya kerana dirinya tidak mahu ketahuan sebagai 'orang tidak atau belum tahu'. Haaa...ramai kan manusia macam ni. Bagi pengunjung blog ini, sudilah untuk menambahkan pendapat anda tentang jenis-jenis manusia. Bukan untuk menghina sesiapa cuma sekadar bertukar-tukar pendapat....