Isnin, 24 November 2008

Isu Senaman Yoga

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan orang Islam daripada mengamalkan senaman yoga secara sistematik kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah mereka. Pelik juga perkara ini kerana amalan yoga telah pun wujud di India sejak 3000 tahun dahulu dan sudah tentu sudah ramai orang Islam yang telah khatam amalan senaman ini. Bagaimana kerajaan begitu lambat bertindak dalam hal ini sedangkan tanggungjawab menjaga kesucian agama Islam itu di bahu kerajaan yang memerintah. Kita patut malu dengan Singapura yang bukan negara Islam tapi terlebih dahulu mengharamkan senaman yoga. Bagaimana pula dengan Ramli Ibrahim, pakar tarian tradisional India yang merupakan seorang Melayu Islam? Dan bagaimana pula dengan Seni Beladiri Silambam yang juga berasal dari India? Adakah kajian dibuat terhadap perkara-perkara ini? Kesimpulannya, apa benar pengharaman ini dapat membendung orang Islam daripada terus mengamalkan senaman yoga? Tepuk dada, tanya selera.

Tiada ulasan: